Jenayah

Polis minta individu terbabit pergaduhan depan masjid tampil bantu siasatan

POLIS minta individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan di depan Masjid Khalid Al-Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat semalam, tampil bantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Rajab Ahad Ismail berkata, sehingga kini, hanya satu pihak tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang tular menerusi penyebaran video melalui media sosial.

“Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 7.45 pagi. Insiden pergaduhan membabitkan dua penunggang motosikal yang hampir berlanggar sesama mereka di depan sebuah masjid.

“Polis bagaimanapun masih menyiasat punca dan sebab kejadian itu berlaku. Justeru polis meminta mana-mana individu yang terlibat agar segera tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rajab Ahad juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Semalam, tular sebuah klip video berdurasi 1 minit 35 saat menerusi media sosial, memaparkan pergaduhan di antara dua penunggang motosikal sehingga menyebabkan anak serta isteri seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dari motosikal yang dinaiki. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button