NasionalParlimen

PN tak sokong ujudkan jawatan Timbalan Speaker ketiga

Tidak termaktub dalam perjanjian PM-Pembangkang

TIDAK ada dan tidak termaktub dalam perjanjian di antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Blok Pembangkang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketiga.

Ismail Sabri Yaakob

Lagipun tidak nampak wujudnya keperluan bagi diadakan jawatan yang tiada kerana cukup dengan sedia ada, seorang Speaker dan seorang Timbalan Speaker.

Kalau diteropong ke khemah Perikanan Nasional (PN), tidak nampak pun sebarang tanda sokongan ke atas mewujudkan jawatan berkenaan.

Perkara ini jelas dengan pencerahan Majlis Tertinggi PN dalam satu kenyataannya hari ini.

Memetik kenyataan berkenaan, pihak mereka (PN) mengambil pendirian bahawa tidak ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

“Kewujudan dua timbalan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan adalah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Selain itu, peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang di-Pertua dan timbalan juga adalah memadai bagi tujuan menjamin kesempurnaan perjalanan Mesyuarat Dewan Rakyat,” kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya lagi, justeru tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa kini.

Tambah beliau, cadangan pindaan Perlembagaan ini memerlukan sokongan majority dua per tiga Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Perikatan Nasional berpendirian bahawa persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang di Parlimen adalah terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama.

“Dan termaktub secara jelas dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani di antara Perdana Menteri dan pemimpin PH pada 13 September lalu,” jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Kata Muhyiddin dalam kenyataan yang sama, apabila pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tida termaktub dalam perjanjian persefahaman maka adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button