Politik

PN jangan mimpi tawan enam negeri – Wan Rosdy

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Perikatan Nasional (PN) ketika ini dilihat sedang diulit mimpi apabila mendakwa mampu menawan enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Menegaskan perkara tersebut beliau berkata, hasrat yang diluahkan oleh
pemimpin PN itu hanya bahan penyedap sepanjang kempen pilihan raya yang sedang berlangsung.

Menurutnya, tiada asas yang membuktikan PN mampu berbuat demikian kerana sambutan rakyat di Kelantan dan Terengganu terhadap parti-parti komponen gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) semakin luar biasa ketika ini.

“Dakwaan ini sekadar pemanis bibir dan penyedap hati yang kini menjadi
peluru perang saraf mereka. Mereka (PN) mendakwa kemenangan dalam PRN nanti bakal merubah struktur pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Berkemungkinan besar BN-PH akan menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah selain mengekalkan kuasa di Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan.

“Insya-Allah, BN-PH akan dapat menguasai enam negeri. Dakwaan PN itu hanya untuk mengelirukan rakyat dan tidak tepat sama sekali,” katanya pada Program Jamuan Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, Kelantan di sini, hari ini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang memberitahu, prestasi sokongan rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan ketika ini amat baik.

Katanya, biarpun prestasi sokongan rakyat terhadap PH di Kelantan,
Terengganu dan Kedah dilihat merosot, namun majoritinya telah sedar untuk mengubah kepimpinan sedia ada demi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat.

Jelasnya, rakyat merunggut kerana masalah bekalan air, rumah, jalan raya dan sebagainya masih belum dapat diatasi kerajaan terdahulu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button