Nasional

PM mahu laporan, kajian lengkap isu pensijilan halal minggu depan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan laporan dan kajian lengkap berhubung cadangan mewajibkan semua restoran yang menawarkan makanan halal mendapatkan sijil itu.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.
Menurut Fahmi, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Perdana Menteri sudah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk sediakan laporan, apakah langkah seterusnya untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
“Jadi, kita akan tunggu hasil laporan dan kajian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dibentangkan minggu depan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pada Rabu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button