Nasional

PKPB ditangguh di Kedah, perniagaan belum boleh dibuka

KERAJAAN negeri Kedah menolak pelaksanaan Perintah Kewalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, dan perniagaan masih tidak dibenarkan beroperasi di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri telah memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang dumumkan kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahan status Kedah sebagai zon hijau setelah tiada lagi kes aktif Covid-19 dikesan di semua daerah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Penangguhan itu katanya, sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

“Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus COVID-19.

“Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakkan sosial,” katanya

pkpbMukhriz berkata kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB mulai Isnin ini di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan.

Kedah menjadi negeri kedua selepas Sarawak yang menolak pelaksanaan PKPB.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata,  keputusan di bawah tiga fasa terakhir MCO akan dikekalkan sehingga kajian kerajaan negeri mengenai implikasi pembukaan semula kegiatan ekonomi selesai.

“Dengan mengambil kira keadaan di Sarawak dari segi kes COVID-19, kemampuan logistik, kemampuan Jabatan Kesihatan dan keadaan geografi, SDMC mendapati kebanyakan standard pematuhan pembukaan semula kegiatan ekonomi tidak kondusif di negeri ini,” katanya seperti yang dipetik dari BERNAMA.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata SDMC perlu memastikan pembukaan semula kegiatan dan sektor ekonomi sesuai dengan keadaan negeri dan pembukaan semula kegiatan ekonomi akan diumumkan secara berperingkat setelah setiap perincian prosedur operasi standard dan garis panduan diteliti.

“Selain itu, pihak yang telah mendapat kelulusan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) semasa PKP 4, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri melalui SDMC untuk diteliti permohonan mereka sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button