Travel

PKP 3.0: Staycation di hotel, inap desa dalam daerah sama dibenarkan

OPERASI perhotelan dan inap desa dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bagaimanapun aktiviti ‘staycation’ dalam hotel dan inap desa hanya dibenarkan dalam daerah yang sama oleh pelanggan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, hotel dan inap desa yang dibuka tidak boleh membuka kemudahan gym, makan di dalam restoran, kolam renang dan lain-lain.

Beliau berkata, hotel dan inap desa yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sama sekali tidak boleh menjalankan operasi.

Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah pun mengeluarkan garis panduan berkaitan aktiviti pelancongan dalam PKP 3.0.

MKN sama sekali tidak membenarkan aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.

Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia juga tidak dibenarkan.

Semua pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis

Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.

Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.

Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah

Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain juga ditutup.

Turut tidak dibuka adalah premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.

Selain itu taman tema, pusat hiburan leluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga juga tidak dibenarkan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button