Politik
Persidangan parlimen sebelum Ogos
Jemaah Menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini.