Hiburan

Persembahan buat julung kalinya Tomok dan Siti Nordiana di pentas lautan

SYARIKAT pelayaran Resorts World Cruises dengan bangganya melancarkan ‘LIVE MUSIC @ SEA’ dengan persembahan dari Tomok dan Siti Nordiana di pentas lautan di atas kapal persiaran Genting Dream.

Para peminat kini berpeluang menikmati pengalaman percutian unik dan baru yang menggabungkan pelayaran 2
Malam Singapura – Melaka – Singapura (19 – 21 Januari 2025) dengan persembahan Tomok dan Siti Nordiana di atas kapal persiaran Genting Dream.

Peminat-peminat yang belayar akan berpeluang menikmati persembahan duet yang berlangsung selama sejam secara intim di panggung moden Zodiac yang berkapasiti hanya 999 penonton.

Persembahan mereka di atas kapal akan berlangsung pada hari kedua pelayaran pada 20 Januari 2025 (Isnin). Tomok dan Siti Nordiana akan mendendangkan lagu hit solo mereka dan juga lagu duet mereka yang sedang hit iaitu “Memori Mungkin Berulang”.

Harga pakej percutian pelayaran 3 Hari 2 Malam ke Melaka termasuk tiket persembahan bermula dari harga RM899 / SGD269 seorang. Para peminat yang bertuah juga berpeluang bertemu (‘Meet & Greet’) dengan Tomok dan Siti Nordiana semasa belayar di atas kapal.

“Nana teruja nak belayar bersama Tomok untuk persembahan pertama kami berdua di atas kapal persiaran Genting Dream dan sempena permulaan tahun 2025. Pastinya menarik,” kata Siti Nordiana.

“Tomok pun tak sabar-sabar untuk belayar dan bertemu dengan para peminat kami dan berharap persembahan ini di atas kapal persiaran Genting Dream akan memberi pengalaman baru dan kenangan manis bagi para peminat kami untuk selamanya,” ujar Tomok.

“Sempena acara ‘LIVE MUSIC @ SEA’ oleh Resorts World Cruises, pihak kami gembira dapat berkolaborasi dengan dua artis hangat di rantau ini seperti Tomok dan Siti Nordiana.

“Para peminat mereka boleh mengambil kesempatan emas ini untuk bercuti dan berlayar, melawat destinasi popular seperti Melaka dan menyaksikan persembahan mereka dalam suasana yang amat unik dan berbeza di atas kapal,” kata Presiden, Resorts World Cruises, Michael Goh,.

Sebagai Kapal Pesiaran ‘Mesra Halal’ yang mengikuti Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara atau pelancong Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman yang halal, khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain.

Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu yang beragama Islam.

Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem-fillem, taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ‘ziplines’, ‘rock climbing’, penyediaan aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan awal, sila layari laman web www.rwcruises.com

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button