Belang Bertempat

Perpaduan Melayu: Mengapa Guan Eng yang panas?

Siapa Lim Guan Eng hendak masuk campur dalam apa jua platform untuk penyatuan serta perpaduan Melayu?

Lim Guan Eng bukan berbangsa Melayu pun. Orang Melayu tidak pernah mempertikai dan masuk campur urusan penyatuan kaum-kaum asing di negara kita.

Itu hak mereka dan kita tidak boleh masuk campur.

Jadi Lim Guan Eng pun tolong jangan masuk campur hal-hal yang bersangkutan dengan penyatuan Melayu.

Sekiranya UMNO hendak menjalinkan hubungan PAS atau di sebaliknya apa kena mengena dengan Lim Guan Eng serta DAP?

Walaupun UMNO kini sebahagian daripada anggota Kerajaan Madani tetapi hak mereka untuk bersoladiriti sesama bangsa tidak boleh disekat.

Memadai lah dengan pertolongan UMNO membantu PH untuk tubuhkan kerajaan. Jika tidak PH berkemungkinan masih menjadi pembangkang pada hari ini.

Cuma kesilapan UMNO terlalu tunduk dan takut pada PH. Walhal UMNO pegang teras penubuhan Kerajaan Madani tetapi terlalu menunduk pada PH.

UMNO harus bangun dengan ‘tulang belakang’ yang kuat untuk menerajui kerajaan bukan mereka diperalatkan untuk diperkudakan oleh Kerajaan Madani.

Sudah sampai masanya  keseluruhan parti-parti politik Melayu bertaut semula bagi memperkasakan semula kedudukan masa depan orang-orang Melayu di tanahair kita.

Jangan biarkan ‘nasi menjadi bubur’ dan melihat orang-orang Melayu atau anak cucu kita merempat di tanahair sendiri pada suatu masa nanti.

Jangan perlekehkan pembacaan politik Tun Dr Mahathir Mohamad yang meramalkan dalam masa dua PRU lagi kita mungkin hilang kuasa politik di bumi sendiri.

Sekali kita hilang kuasa; kuasa tersebut akan hilang buat selamanya.

Orang-orang Melayu kena hati-hati dengan agenda licik parti DAP.

Bekerjasama dan menyokong DAP membawa erti kita bersubahat untuk ‘mematikan’ bangsa Melayu di bumi sendiri.

Sekali DAP tawan negara ini pada waktu itu baru kita dapat melihat secara lebih jelas akan siapa mereka yang sebenarnya tetapi pada waktu itu sudah terlambat untuk kita selamatkan anak bangsa Melayu.

Saya pernah menganggotai parti AMANAH dan berada dalam PH pada suatu masa dahulu.

Ketika itu saya diletakkan oleh PH untuk menembusi kubu kuat UMNO di Parlimen Jasin dan diumumkan tewas dengan 214 undi.

Peringkat awal saya diumumkan menang secara tidak rasmi tetapi pada jam 2:14 pagi saya diumumkan tewas dengan 214 undi saja.

Itu tidak meralatkan saya kerana saya sedar sekurang-kurangnya Parlimen Jasin masih dimilikki oleh kuasa orang Melayu.

Agenda DAP terlalu halus dan kadang kala tidak mampu dibaca oleh anak-anak muda Melayu yang mengizinkan diri mereka diperkudakan ke arah mencapai matlamat politik mereka.

Berwaspada dengan DAP dan jangan sama sekali bersekongkol dengan DAP kerana mereka terlalu bahaya pada bangsa Melayu.

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

4 Januari 2025

Tulisan ini adalah pendapat pribadi dan tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button