Negeri

Perlis tawar pelbagai tarikan pelancongan

BERLIN 29 Sept. – Perlis menawarkan banyak destinasi eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan sejarah, warisan dan seni budaya, makanan serta pelancongan sukan dan rekreasi yang menarik untuk dikunjungi.

Antara lokasi popular dalam kalangan pelancong pada masa ini adalah Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, Arked Niaga Padang Besar, Wang Kelian View Point dan Gua Kelam.

Demikian menurut kenyataan media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Restoran Seri Melayu yang beroperasi di Stuttgarter Platz 7, 10627 Berlin, Jerman.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke majlis yang dihoskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Berlin tersebut disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, TYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin dan suami, Mahzan Abdul Samad serta para pegawai Kedutaan.

Turut menyanbut ialah pemilik restoran tersebut, Hajah Fatimah Hj Othman yang telah menjalankan perniagaan restoran itu sejak dari tahun 1984 lagi.

Related Articles

Kurma Daging Perlis buat permulaannya akan di masukkan dalam menu restoran tersebut selama sebulan sebagai sebahagian daripada usaha untuk turut membantu memperkenalkan negeri Perlis sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang telah menyasarkan lebih daripada 4.07 juta pelancong ke negeri ini bagi tahun 2024 dan jumlah itu dijangka bertambah sehingga tamat kempen pada penghujung 2025.

Promosi ini diinisiatifkan oleh Dr. Adina dan Kedutaan Malaysia di Berlin bersama-sama pihak restoran dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Berlin bagi menghadiri ‘InnoTrans 2024’ di Messe Berlin.

Foto : Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button