Ekonomi

Perlis-Singapura pertingkat kerjasama ekonomi

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kompleks Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keberangkatan Baginda adalah sebagai kunjungan lanjut ke atas Program Safar Ilmi anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dilaksanakan awal Julai 2024 lalu.

Menyambut keberangkatan Baginda, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dan Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya, Muhammad Amin Abdul Rahim di Bangunan Kompleks berkenaan.

Turut mengiringi Baginda, Mufti Perlis, Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sejurus tiba, Baginda dibawa melawat ke Galeri Kompleks berkenaan yang memaparkan sejarah hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia selanjutnya Baginda berkenan untuk sesi taklimat oleh pihak Suruhanjaya Tinggi.

Ketika sesi sembah taklimat, Pesuruhjaya Tinggi menzahirkan harapan agar kedua belah pihak Perlis dan Singapura dapat mengambil manfaat daripada kelebihan dan kekuatan masing-masing demi mempertingkatkan potensi kerjasama yang telah sekian lama terjalin.

“Saya mendapati terdapat ramai individu berbakat yang dapat menyumbang kepada kemajuan kedua belah pihak. Singapura sentiasa bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menyokong hasrat kemajuan bersama ini,” jelas beliau.

Program Safar Ilmi MAIPs mensasarkan pengukuhan kolaborasi strategik antara MAIPs dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta Agensi Bersamanya dalam pelbagai bidang berkaitan selain berusaha untuk memperteguhkan program ‘insan ke insan’ melibatkan golongan sasar yang dikenalpasti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button