Nasional

Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan – KSU

Suasana negeri  Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja akan memberi kesan positif dari segi pendidikan malah juga dari aspek ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini, hari ini. Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam perkembangan lain, Yusran berkata projek pembinaan Sekolah Sukan  Perlis di Padang Besar yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dijangka siap akhir tahun ini.

“Selepas lantikan kontrator baharu, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan telah siap sebanyak 92 peratus  walaupun tertangguh hampir tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,” katanya.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button