NasionalNegeri

Perlis catat pengurangan 100 tan sampah minggu pertama Ramadan

Perlis berjaya mencatatkan pengurangan hampir 100 tan sampah berbanding dengan minggu pertama Ramadan pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud, berkata, jumlah janaan sampah pada minggu pertama Ramadan tahun ini adalah sebanyak 931 tan sahaja.

Zaki berucap pada Majlis Ramadan Kita di Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar.

“Berbanding tempoh masa sama pada tahun lalu sebanyak 1,049 tan pembuangan sampah telah dicatatkan,” katanya.

Zaki berkata, pusat kitar semula pandu lalu (DTRC) yang dibangunkan di negeri Perlis juga mampu mengurangkan jumlah sisa yang dibawa ke tapak pelupusan di negeri ini.

Katanya, Perlis mempunyai dua buah DTRC yang terletak di Pasar Sena, Kangar yang dibuka pada tahun 2021 dan di Arau yang dibuka pada tahun lalu.

“DTRC Sena berjaya mengumpulkan sejumlah 430 tan barangan kitar semula manakala DTRC Arau mengumpulkan sejumlah 25 tan sejak pembukaannya April tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramadan Kita.

Salah seorang pesakit menerima beras. Gambar Ihsan FB E-Idaman.

Majlis ini dianjurkan E-Idaman Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (Maips), Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP).

Zaki berkata, DTRC yang dibina di dua lokasi di negeri Perlis memberi fokus kepada pengumpulan barangan yang boleh dikitar semula diharap dapat membantu mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan.

“Setakat ini DTRC di negeri Perlis mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua DTRC ini telah mengumpul sejumlah 455 tan barangan kitar semula.

“Bermakna kita berjaya mengalihkan jumlah yang sama daripada tapak pelupusan,” katanya. – SM

BACA Terlalu obses, kumpul gambar dengan tong sampah jadi hobi

BACA Sampah sarap menimbun di bulan puasa

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button