Nasional
Pergerakan Muhyiddin jadi tumpuan
PERGERAKAN Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan rakyat Malaysia hari ini khususnya para petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.
Perdana Menteri ketika keluar dari kediamnya di Bukit Damansara pada pukul 7.42 pagi tadi sempat melambai ke arah petugas media yang telah berada di persekitaran kawasan kediaman sejak awal pagi lagi.
Muhyiddin kemudiannya tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 8.07 pagi dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11 pagi nanti. – BERNAMA