Nasional

Percubaan penggunaan kod QR untuk pengembara tempatan di KLIA

BERMULA bulan ini Jabatan Imigresen akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan kod Respons Pantas (QR) bakal dilaksana di 40 lorong khas Terminal 1 (T1) dan T2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan kod QR khusus bagi rakyat Malaysia itu sebagai langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara termasuk di KLIA terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

“Melalui sistem kod QR ini, pengembara tidak perlu lagi mengeluarkan pasport semasa pelepasan imigresen, namun mereka diwajibkan untuk sentiasa membawa pasport sepanjang perjalanan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Sistem itu akan membolehkan pengembara mengimbas kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka.

Ia dijangka memendekkan tempoh pelepasan imigresen antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.

Penggunaan teknologi terkini itu juga diharap dapat meningkatkan aspek keselamatan dan kecekapan perkhidmatan serta mengurangkan ketirisan.
Saifuddin bagaimanapun berkata, walaupun pelepasan imigresen dilaksanakan menggunakan kod QR, namun kemudahan kaunter manual dan sistem pagar automatik konvensional akan terus tersedia serta masih boleh digunakan seperti biasa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button