NEGARA sedang berhadapan dengan Inflasi yang sedang melanda serata dunia. Lepas satu-satu cabaran yang dihadapi oleh negara dan rakyat selepas pandemik Covid-19.
Cabaran terkini merupakan satu cabaran yang amat berat dan sukar untuk Kerajaan Keluarga Malaysia.
Walau bagaimanapun, yang jelas kelihatan Kerajaan mengambil pendekatan hands-on menangani krisis ini.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, kelihatan mengambil pendekatan berhati-hati tetapi tegas didalam menangani situasi inflasi ini.
Pasukan Khas Jihad ini juga kelihatan tidak gopoh tetapi melakukan tindakan-tindakan yang bersasar dan tepat, agar masalah Rakyat dapat diselesaikan segera serta tidak memeningkan Rakyat.
Sebagai contoh, pengumuman Annuar Musa hari ini bahawa harga siling minyak masak sawit 5kg telah ditetapkan berharga RM34.70 sebotol mulai 8 Ogos 2022 ini.
Ini bermakna harga minyak masak ini ditetapkan setelah merujuk kepada harga minyak sawit mentah dunia bagi bulan Ogos 2022.
Ini juga bermakna mulai 8 Ogos 2022, harga minyak masak 5kg yang dijual sekarang pada harga diantara RM39 ke RM42 akan dijual pada Harga Maksimum RM34.70.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi walaupun belum genap sebulan beroperasi menjalankan tanggung-jawab ini, mereka kelihatan mengambil satu tindakan yang amat tegas tetapi cermat, setelah melihat pemain-pemain industri melengah-lengahkan usaha menurunkan harga minyak masak, selaras dengan harga pasaran minyak sawit dunia.
Reaksi awal yang diterima daripada Rakyat dan Netizen amat positif apabila mendengar berita gembira ini, minyak masak akan turun sekurang-kurangnya RM7.30 bagi setiap botol 5kg.
Harga telor dan ayam juga sudah terkawal.
Ini memerlukan kawal-selia yang berterusan dari Pasukan Jihad Tangani Inflasi dan Kerajaan.
Sesungguhnya ini memperlihatkan Kerajaan Keluarga Malaysia melalui Pasukan Khas Jihad ini, mahu membantuk rakyat menghadapi cabaran ekoran kenaikan kos sara hidup.
Apa yang juga jelas kelihatan, seseorang yang positif Covid-19 sebelum ini, akan mengalami pelbagai gejala iaitu demam panas, selesema, batuk, sakit tekak dan sakit-sakit sendi.
Sesungguhnya pelbagai gejala penyakit ini perlu ditangani satu persatu.
Serupa dengan situasi inflasi yang dihadapi oleh negara ketika ini.
TIDAK ADA VAKSIN ANTI-INFLASI kecuali kesungguhan Pasukan Khas Tangani Jihad ini yang diketuai oleh Menteri Komunikasi.
Peperangan ini adalah satu peperangan bersama.
Rakyat dan Netizen juga mempunyai peranan masing-masing.
Peniaga, Usahawan dan Pemain Industri Pemakanan juga mempunyai peranan mereka tersendiri.
Vaksin Inflasi adalah Rakyat, Peniaga dan Kerajaan.
Pengguna yang bijak dan peniaga yang bertanggung-jawab serta Kerajaan yang perihatin mengawal polisi akan membuahkan hasil yang terbaik bagi menangani inflasi negara.
Semua pihak terutamanya parti-parti politik perlu ketepikan politik kepartian, sebaliknya bergabung tenaga buat sementara untuk membantu rakyat dalam kesusahan.
Ketepikan kritikan-kritikan terhadap Perdana Menteri. Ini bukan masanya untuk menunding jari kesalahan orang itu dan orang ini.
Ini adalah masanya untuk membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan.
Si Kaya ataupun Orang Kaya-Kaya mungkin tidak terasa impak Inflasi ini tetapi Si Miskin akan mengalami kesusahan yang amat sangat.
Sesungguhnya usaha Kerajaan Keluarga Malaysia, akan memberi sinar harapan kepada Si Miskin bahawa Hidup mereka akan terbela.
KERAJAAN PM ISMAIL SABRI.
KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA.
HIDUP SENANG DAN SUSAH, SENTIASA BERSAMA. – SM