Penyewa rumah milik Farid Kamil yang gagal buat bayaran terus ke bank
PENGURUS kepada pelakon Farid Kamil, Azahari Hamid mengesahkan rumah dua tingkat yang bakal dilelong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom adalah milik pelakon tersebut, .
Menurutnya laporan Berita Harian, sejak 10 tahun lalu Farid tidak tinggal di rumah berkenaan yang dibeli pada harga RM330,000 pada tahun 2011. “Rumah ini disewakan sejak 2019 dan penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah.
“Sebelum ini, tidak timbul sebarang masalah, baru sekarang Farid dapat tahu rumah ini akan dilelong.
“Bagaimanapun, penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak secepat mungkin,” katanya kepada Berita Harian.
Penyewa Gagal Bayar Sejak Pertengahan Tahun Lalu
Azahari menyatakan penyewa gagal membuat bayaran kepada bank sejak pertengahan tahun lalu. Penyewa mengakui terpaksa menangguhkan bayaran.
“Kami terima berita lelongan pada lewat petang semalam. Jadi, pagi ini barulah kami akan berjumpa pihak berkaitan,” katanya lagi.
Butiran Rumah yang Dilelong
Terdahulu, tular kisah rumah teres dua tingkat yang terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom yang tertera nama Farid Kamil Zahari pada ruangan pemegang hak bakal dilelong pada 22 Januari ini.
Akan mula lelong pada harga permulaan RM522,000, kediaman itu mempunyai keluasan 1,760 kaki persegi.