Ekonomi

Penjenamaan semula ”RichWorks Academy” fokus pimpinan dan keusahawanan

RichWorks Group of Companies mengumumkan penjenamaan semula RichWorks International Sdn. Bhd. kepada RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), dengan fokus utama kepada latihan dan pembangunan individu serta organisasi bagi mencapai kejayaan mampan.

Langkah ini melengkapkan kewujudan entiti baharu, RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), yang kini memberi tumpuan kepada bimbingan serta perundingan strategik khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpendapatan tinggi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. yang akan mengetuai RichWorks Academy

Transformasi untuk Kejayaan Berterusan

Presiden dan Pengasas RichWorks Group of Companies, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, menjelaskan bahawa penjenamaan semula ini bertujuan memenuhi keperluan individu yang ingin mencungkil potensi diri bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan dan kerjaya.

“Visi kami adalah menjadikan RichWorks Academy sebagai pusat utama dalam kepimpinan, perniagaan, dan transformasi diri, dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan individu serta organisasi untuk mencapai kejayaan mampan,” katanya.

RichWorks Academy akan berfungsi sebagai pusat latihan dan pembangunan diri, menawarkan pelbagai program seperti:
✅ Kepimpinan
✅ Keusahawanan asas
✅ Transformasi minda
✅ Kejayaan peribadi

Sementara itu, RCG akan terus memainkan peranan sebagai penyedia bimbingan dan strategi pertumbuhan khusus untuk PKS yang ingin meningkatkan skala perniagaan mereka.

Komitmen Terhadap Pembelajaran Berterusan

Menurut Azizan, perubahan kepada RichWorks Academy bukan sekadar perubahan nama, tetapi membawa misi penting dalam membudayakan pembelajaran berterusan bagi transformasi kepimpinan, pertumbuhan perniagaan, dan kecemerlangan diri.

Program akademi ini berpaksikan kepada nilai teras ELEVATE, yang merangkumi:
Excellence (Kecemerlangan)
Learning (Pembelajaran)
Empowerment (Pemerkasaan)
Vision (Visi)
Adaptability (Kebolehsesuaian)
Transformation (Transformasi)
Ethics (Etika)

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Azizan turut menyasarkan untuk membantu individu serta PKS dengan pendapatan bawah RM30,000 setahun berkembang ke tahap lebih tinggi serta mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.

Program Transformasi360 – Membantu Anda Capai Potensi Maksimum

Sebagai langkah awal dalam fasa penjenamaan ini, RichWorks Academy bakal menganjurkan program eksklusif “Transformasi360” pada bulan Mei, menggantikan program terdahulu seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup (NUH).

“Program ini direka khas untuk membantu peserta menguasai potensi diri, kewangan, dan kejayaan dengan strategi yang telah terbukti berkesan. Sama ada anda seorang usahawan, profesional atau individu yang ingin melakukan perubahan besar dalam hidup, saya akan membimbing anda dengan ilmu, strategi, dan tindakan yang terbukti berkesan,” ujar Azizan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tawaran awal dan menjadi antara yang pertama mendaftar, layari www.transformasi360.com sekarang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button