Pengarah teater ‘Kerana Percayakan Siti’ tiada niat untuk dijadikan kontroversi
PENGARAH televisyen dan teater ‘Kerana Percayakan Siti’, Siti Afiza tiada niat untuk timbulkan sesuatu kontroversi dalam setiap naskah dan karyanya sebaliknya hanya mengangkat martabat wanita yang sering menjadi isu dari dulu.
Walaupun sebelum ini arahan filem ‘’Sa-Balik Baju’’ penuh dengan kontroversi namun niatnya untuk pementasan kali ini lebih membawa pengajaran kepada orang sekeliling.
‘’Bagi saya sebagai seorang pengarah ini merupakan inspirasi saya, saya harap penonton yang datang itu boleh faham, kita sudah cukup dewasa sebab saya selalu ingatkan penonton yang hadir haruslah penonton yang matang dan kanak-kanak tidak digalakkan’’. Katanya.
Gabungan 3 Teater di satu pentas dari kaca TV kini dipentaskan di Blackbox Damansara pada 4 Performing Arts Centre(DPAC), Petaling Jaya hingga 6 Oktober 2024 pementasan teater kompilasi berjudul “Kerana Percayakan Siti”.
Barisan pelakon yang akan membintangi pementasan ini adalah Nadia Brian, D’Boy Hamdan, Farah Ahmad, Shariah Sofia, Firdaus Karim, Swarna Naidu dan Anwar Rusdini.
Tambahnya pengarah muda ini, pemilihan pelakon ini adalah kesemua mereka adalah bakat-bakat yang awalnya lahir di pentas teater dan berjaya memecah masuk serta mencipta nama di dalam industri seni dan hiburan tempatan. Pementasan ini seolah-olah peluang untuk mereka ‘pulang kampung’ dan kembali mengisi pentas yang mula-mula menaikkan nama mereka.
Dia kemudian menulis dan mengarah beberapa lagi drama seperti Kau vs Aku dan paling terbaru untuk saluran Astro Gempak, “Ke Kodiang With Love”. Afiza merupakan lepasan Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) dalam bidang teater (majoring acting).
“Kerana Percayakan Siti” merupakan gabungan 3 buah cerita iaitu “Perempuan Perang”, “Terang Malam” dan “Sabalik Baju”. Perempuan Perang dipentaskan pertama kali pada tahun 2016 dan pernah mewakili Malaysia dalam “Program Teater 3 Negara” di Pahang pada tahun 2017.
Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Laila yang menghadapi konflik dan krisis setelah suaminya, Ibrahim ditangkap kerana kesalahan sodomi. Pada pementasan kali ini, Sharifah Sofia diberi kepercayaan untuk membawa watak Laila dan digandingkan dengan D’Boy Hamdan sebagai Ibrahim serta Firdaus Karim yang memegang watak Mukhtar.
Cerita Terang Malam pula akan dilakonkan oleh Nadia Brian dan Anwar Rusdini manakala Sa-Balik Baju kali ini akan dibawakan oleh Farah Ahmad dan Swarna Naidu. Storyteller Production melalui Penerbit Eksekutifnya, Azuwan Ahmad sangat berbangga dengan barisan pelakon yang sudi menyertai pementasan kali ini dan merasakan bahawa ia merupakan rezeki yang tidak disangka dapat bekerjasama dengan pelakon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan. Pemilihan pelakon-pelakon ini adalah sesuai berdasarkan watak dalam setiap cerita dan Storyteller percaya mereka mampu untuk menggalas tanggungjawab ini.
Azuwan juga berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia kerana menyokong pementasan ini melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan 2024. Tiket-tiket untuk pementasan “Kerana Percayakan Siti” masih boleh diperolehi melalui laman web www.cloudjoi.com pada harga serendah RM 60 hingga RM 100. Segala pertanyaan boleh diajukan di nombor 011-28536571 (Ahmad) dan segala maklumat terkini boleh dilayari di laman Instagram storyteller_my.
Artikle Berkaitan :>
Remy Ishak terima gelaran Datuk lepas bawa watak Hang Tuah di pentas teater