Jenayah

Penganggur ditahan lepas langgar budak sekolah

SEORANG lelaki penganggur ditahan polis semalam kerana disyaki cuba membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, selepas melanggar mangsa menggunakan kereta.

Menurut Berita Harian Mentro, ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata pihak polis menerima maklumat mengenai insiden itu pada pukul 6.24 petang.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang melibatkan seorang suspek lelaki berusia 47 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi secara melulu. Kenderaan tersebut dikatakan merempuh pintu pagar gelanggang bola keranjang di Taman Bintang, Pantai Remis, sehingga menyebabkan kerosakan.

“Selepas melanggar pintu pagar, suspek kemudian memandu menuju ke sebuah sekolah menengah berdekatan. Dia memasuki kawasan sekolah dan terus menuju ke dewan, di mana dia melanggar seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang sedang menjalani latihan bola tampar bersama pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan di kaki kiri dan kini sedang dirawat di Hospital Seri Manjung. Suspek kemudiannya melarikan diri dari kawasan sekolah.

Polis berjaya menahan suspek pada pukul 6.50 petang, dan kenderaan yang dipandunya, sebuah Perodua Myvi berwarna putih, turut dirampas.

“Suspek telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki mengalami masalah mental. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” tambah Hasbullah.

Pihak polis juga menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391, atau bilik gerakan IPD Manjung

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button