Penemuan bangkai paus di Sungai Miang, Pahang
Jabatan Perikanan Negeri Pahang telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bangkai seekor paus yang terdampar di Pantai Sungai Miang, Pahang.
Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang (PPN Pahang) bersama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang (RA), Terengganu telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan bangkai berkenaan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa bangkai paus tersebut telah lama mereput, menyebabkan kesukaran dalam proses pengecaman spesies.
Oleh itu, pasukan IPPRA akan mengambil sampel bagi menjalankan analisis eDNA untuk menentukan spesies dengan lebih tepat.
Berdasarkan keadaan bangkai, spesies yang dianggarkan adalah Bryde atau Fin.
Pihak Jabatan Perikanan ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat mengenai penemuan ini.
Kerjasama sebegini amat penting dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin di perairan negara.
Untuk makluman, di bawah Akta Perikanan 1985, spesies paus dilindungi di bawah peruntukan berkaitan spesies marin terancam.
Oleh itu, sebarang gangguan atau eksploitasi terhadap paus adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jabatan akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan.