Politik

Pendang kena gantung tiga hari gelar Jelutong anti-Islam

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung selama tiga hari oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor, hari ini.

Ini setelah beliau enggan menarik balik kenyataan bahawa Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, ‘anti-Islam’.

Insiden bermula apabila Rayer mengkritik Awang kerana menggelar enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri sebagai ‘enam jahanam’.

Awang yang enggan menarik balik kenyataan tersebut, dengan alasan bahawa DAP, parti yang diwakili oleh Rayer, menyokong premis judi di Kedah walaupun telah disekat oleh Menteri Besar.

“Yang Berhormat, saya minta maaf, saya tidak akan tarik balik, memang Jelutong anti-Islam,” tegasnya.

Ramli cuba mengawal keadaan dengan meminta kedua-dua pihak untuk duduk dan membenarkan beliau menyelesaikan isu tersebut, tetapi ketegangan terus meningkat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button