Agama

Pendakwah perlu mahir guna teknologi untuk tingkat jangkauan – Raja Muda Perlis

Dalam era teknologi yang pesat hari ini, para pendakwah mesti mahir dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan jangkauan dan keberkesanan masing-masing.

Kemajuan yang dibawa oleh Revolusi Perindustrian Keempat, seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT), menawarkan peluang besar untuk menjadikan dakwah lebih menarik dan meluas.


Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Agihan Zakat MAIPs yang diadakan di Masjid As-Sobirin Kampung Gial, Mata Ayer baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis itu merupakan acara mingguan yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyerahkan agihan zakat daripada MAIPs kepada seramai 70 orang penerima daripada kalangan anak kariah Kok Klang dan 70 orang lagi daripada kariah Kubang Perun.

Setiap penerima bukan sahaja menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, malah mereka berpeluang untuk menyaring kesihatan secara percuma yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Penerima juga dikongsikan dengan ceramah ‘Jauhi Najis Dadah’ daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ oleh pihak MAIPs.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button