Politik

Pembelotan akar umbi dalam PN-UMNO bagi amaran

UMNO berisiko kehilangan sokongan akar umbinya kepada Perikatan Nasional (PN) jika tidak dapat menjelaskan “anjakan paradigma” dalam pemilihan sekutunya.

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan berkata, ramai ahli akar umbi masih setia kepada bekas pemimpin yang sama ada telah meletak jawatan atau dipecat oleh parti.

“Mereka ini sebenarnya tidak setia kepada parti tetapi kepada individu tertentu maka mereka akan mengikut mereka keluar daripada UMNO.

“Jadi, dengan mengambilnya sebagai penanda aras bersama-sama situasi dihadapi parti dengan isu DAP, akan terdapat sejumlah besar sokongan akar umbi (beralih) kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Wan Agyl merujuk kepada gesaan baru-baru ini oleh pemimpin parti supaya ahli akar umbi mengundi calon parti dalam gabungan perpaduan termasuk DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kenyataan itu akan menyebabkan orang ramai menjauhi parti yang mereka percaya        memperjuangkan perkara yang betul terutama melindungi kepentingan Melayu.

“UMNO pernah menjadi parti itu dan masih lagi, cuma dinamik sudah berubah, musuh menjadi kawan.”

Wan Agyl berkata, parti itu mesti membantu akar umbi memahami sebab di sebalik perubahan itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian akan mendorong akar umbi UMNO mengundi PN sama ada sebagai protes atau kerana mereka benar-benar percaya kepada pakatan pembangkang.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi UMNO yang enggan namanya didedahkan, berkata beberapa ahli terdekat telah menyuarakan hasrat mereka untuk memboikot parti itu pada PRN akan datang.

“Kami masih ahli UMNO tetapi kami tidak nampak apa gunanya membantu parti (mendapatkan) kerusi kerana ia telah kehilangan prinsipnya,” katanya.

Pemimpin itu berkata, beliau masih belum mahu keluar parti kerana masih percaya UMNO boleh kembali ke landasan perjuangannya untuk orang Melayu.

Katanya, masalah terbesar parti sekarang ialah kepimpinannya.

Menurut beliau, ramai ahli akar umbi percaya bahawa pemimpin tertinggi tertentu dalam parti “sedang melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri” dan bukannya melakukan yang terbaik untuk parti.  – SM

BACA Tiada parti dalam Kerajaan Perpaduan dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO 2022

BACA Anwar kembali ke perhimpunan agung UMNO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button