Politik

Pembangkang pakai lilitan putih di lengan tanda protes kepada Speaker

Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Parlimen dengan memakai lilitan putih di bahagian lengan kiri masing-masing sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker Tan Sri Johari Abdul.
Ini ekoran keputusan Johari yang tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika bangkit mengajukan soalan pada pertanyaan Jawab Lisan pagi ini berkata, tindakan tersebut dibuat kerana protes ‘reformati’ terhadap Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
“Reben putih di lengan kiri, sebagai protes berlakunya ‘reformati’…. spesifik merujuk kepada 49A,’ katanya memberikan pantun sebelum mengajukan soalan.
Sebelum itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ketika bangkit mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh turut dilihat memakai lilitan sama.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button