Acara

Pemangku Raja Perlis terima mengadap delegasi OFAKLS

SEPANG 12 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap delegasi daripada Old Frees Association Kuala Lumpur and Selangor (OFAKLS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang baru sahaja menamatkan kehadiran dalam program pertukaran pelajar di sekolah yang diasaskan pada tahun 1816 dan merupakan sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di Asia Tenggara.

Sesi mengadap oleh OFAKLS itu melibatkan kehadiran Presiden, Ivan Ooi Jieun Vei, yang juga Presiden Yayasan Penang Free School, Setiausaha Kehormat, Muhammad Hafiz Jamhuri dan Ahli Jawatan Kuasa, See Zhan Peng.

Buat masa ini Yayasan Penang Free School telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pihak sekolah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis melalui Program Khas Biasiswa YTSP Perlis yang menaja seramai 6 orang pelajar tingkatan satu dari Perlis untuk melanjutkan persekolahan di Penang Free School. (PFS).

OFAKLS juga kini dalam usaha menggiatkan lagi program ‘OFAKLS Scholarship Fund’ yang bertujuan untuk membantu pelajar yang layak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam bidang pendidikan serta menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar-pelajar PFS mendapatkan pendidikan di universiti-universiti tempatan.

Sebagai rekod, Tuanku Syed Faizuddin Putra merupakan alumni dan bekas pelajar di Penang Free School sebagaimana ayahanda, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan nenda Baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button