AgamaNasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis solat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Istana Arau

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat

menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama dengan rakyat jelata di Dataran Istiadat, Istana Arau pukul 8.00 pagi pada 1 Syawal.

Sehubungan itu, para jemaah di Kariah Kota Raja Arau dijemput untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Bagaimanapun setiap jemaah yang hadir dinasihatkan supaya membawa sejadah sendiri seorang satu bagi setiap ahli keluarga yang hadir.

Selain itu, pastikan lengkap berwudhu dari rumah atau mengambil wudhu di Masjid Negeri Arau terlebih dahulu.

Pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada semua yang hadir.

Jemaah juga disaran membawa uncang kasut untuk menyimpan kasut dengan selamat.

Jika keadaan cuaca tidak sesuai, maka Solat Sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat Istana Arau akan berpindah ke ruang solat Masjid Negeri Arau, selaras dengan Titiah Perutusan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis selaku Tuanku YDP MAIPs bertarikh 18 April 2023.

Manakala jalan di hadapan Istana Arau akan ditutup sementara waktu, dan para hadirin yang hadir dengan kenderaan boleh parkir di sekitar Masjid Negeri Arau.

Dalam kenyataan media Pejabat Raja Perlis ini juga memaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau atau Istana Terbuka tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Ia atas kekangan tertentu memandangkan Raja Perlis masih bersemayam berehat untuk pulih daripada pembedahan buku lali dan kaki kanan tempohari.

Semoga Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H pada kali ini akan memahat seribu satu kenangan terindah buat para rakyat jelata. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button