Negeri

Pemangku Raja Perlis alu-alukan usaha Jabatan Kesihatan perangi diabetes

ARAU 15 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyokong penuh inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri Perlis untuk memerangi masalah penyakit diabetes yang merupakan salah satu penyakit kritikal yang dialami oleh rakyat Perlis berdasarkan data Kajian Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Sedang dirancang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ialah untuk merangka satu polisi yang perlu diguna pakai oleh semua jabatan dan agensi negeri Perlis seperti pengurangan makanan-makanan yang berkolestrol tinggi dan minuman-minuman manis sewaktu perjumpaan atau sebarang mesyuarat jabatan dan agensi serta berharap agar inisiatif ini akan mendapat sokongan dari semua pihak demi kemaslahatan masyarakat terutamanya dalam memerangi masalah diabetes.

Demikian dititahkan Baginda ketika berkenan berangkat menerima mengadap Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ghazali Chik di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Turut hadir sama adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Bahagian Perubatan), Dr Mohamad Zamri Kamis dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Bahagian Pengurusan), Wan Ahmad Fazli Wan Kamis.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis yang baharu itu menyembah maklum kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bahawa pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis akan terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi cemerlang yang telah dicapai sepanjang tahun 2023. Antaranya adalah pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan iaitu 98.95 peratus, program kejuruteraan terbaik kebangsaan bagi pengoperasian Klinik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah dinobatkan antara dua hospital peringkat negeri yang terbaik peringkat kebangsaan dan beberapa pencapaian lain bagi tahun 2024 serta tahun-tahun berikutnya.

Tuanku Pemangku Raja menzahirkan bahawa Baginda akan memberikan sokongan yang penuh bagi sebarang usaha dan inisiatif oleh jabatan, agensi dan swasta terutamanya bagi perkara-perkara untuk rakyat melibatkan kesihatan, pendidikan serta memerangi najis dadah di negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button