Nasional

Pelancong dari China dan Malaysia Teruja dengan perjalanan tanpa visa

SEJAK perjalanan tanpa visa dua hala di antara China dan Malaysia diperkenalkan pada 1 Disember 2023, platform  pelancongan digital Agoda telah menyaksikan peningkatan carian untuk perjalanan antara kedua-dua pasaran tersebut.

Pada bulan berikutan pengecualian visa dimulakan, Agoda mendapati jumlah carian dari China ke Malaysia telah meningkat sebanyak lima kali ganda berbanding bulan sebelumnya, dan lebih tiga kali ganda carian dari Malaysia ke tanah besar China.

Trend ini berterusan sehingga Januari 2024 dengan carian antara kedua-dua negara terus meningkat. Destinasi utama di Malaysia yang menarik perhatian pelancong China ialah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Langkawi.

Trend yang sama turut disaksikan dalam data carian pelancong Malaysia yang menunjukkan minat mereka untuk menerokai China. Guangzhou mendahului senarai destinasi China tertinggi pada bulan Januari, diikuti rapat oleh Shanghai, Shenzhen, dan Beijing.

Chengdu, habitat kepada panda gergasi yang mengagumkan, mendapat tempat kelima.

Enric Casals, Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda, mengulas “Peningkatan aktiviti carian dan kepelbagaian destinasi di kedua-dua pasaran ini mencerminkan keterujaan dalam kalangan pelancong dari Malaysia dan China untuk meneroka keajaiban masing-masing. Kami merasa gembira kerana perjalanan dua hala antara Malaysia dan China telah menjadi lebih lancar.

“Sama ada visa diperlukan atau tidak, Agoda tetap komited untuk membantu pelancong mengembara di serata dunia dengan kos yang lebih rendah melalui tawaran bernilai hebat kami.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button