Pendidikan

Pelajar, kakitangan MMU siapkan mural di Kampung Warna Warni

Seramai 80 pelajar dan 25 orang kakitangan Multimedia University (MMU) telah berkampung di sekitar kawasan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis bagi menjayakan dan menyiapakan pelbagai lukisan mural di sekitar kawasan berkenaan.

Majlis Pelancaran Program Gerbang Mendakap Alam tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Presiden dan juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof. Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud.

Mazliham menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Tuanku Pemangku Raja Perlis berangkat meluangkan masa menghadiri program itu.

Ucapan tahniah juga beliau ucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah Faculty of Creative Multimedia MMU yang terlibat dalam menjayakan program untuk mengindahkan lagi Kampung Warna-warni tersebut dengan lukisan mural yang sangat menarik.

Para penduduk setempat turut memberikan sokongan padu kepada pihak MMU bagi menjayakannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button