Auto Travel

Pekema kolaborasi bersama NexV Manufacturing untuk kenderaan EV

PERSATUAN  Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya, Central Auto Distributors Bhd (CADB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk kolaborasi menjadikan Malaysia pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box.

Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faisal Mohd Yusof yang berlangsung di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), di sini.

MoU itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam aktiviti pemasangan kenderaan, dengan NMSB menyediakan fasiliti dan CADB bertanggungjawab terhadap pemasaran serta pengedaran kenderaan elektrik.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran kenderaan elektrik dari China iaitu Dongfeng Motor (DFM).

Usaha itu,, sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras dengan misi PEKEMA untuk meningkatkan penyertaan ahli-ahli dalam perniagaan dan ekosistem kenderaan elektrik.

“Melalui CADB, PEKEMA berhasrat untuk membangunkan program pembangunan bakat tempatan dan vendor untuk kenderaan elektrik. Kami juga berharap untuk mencapai pemindahan teknologi yang berjaya dengan Dongfeng Motor yang membuat pelaburan besar dalam teknologi automotif di China,” ujar beliau.

Tambah beliau, ini termasuklah peluang untuk ahli PEKEMA terlibat dalam perniagaan pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan untuk model Dongfeng Box di bawah Syarikat Dongfeng Motor.

“Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri tempatan tetapi juga bakal membuka peluang kepada ahli-ahli kami untuk mengambil bahagian dalam pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan,” tambah beliau.

Perjanjian MoU antara Central Auto Distributors Bhd (CADB) dan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) dijangka akan membuka lembaran baharu dalam industri automotif Malaysia, khususnya dalam era peralihan kepada kenderaan elektrik yang mesra alam.Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian definitif yang akan memperincikan aktiviti-aktiviti kerjasama yang bakal dijalankan.

Majlis tersebut diakhiri dengan harapan tinggi bahawa kerjasama ini akan membuka lembaran baharu dalam industri automotif negara, terutamanya dalam era peralihan kepada kenderaan elektrik yang mesra alam.

Majlis MoU itu turut dihadiri oleh pemimpin industri dan perwakilan akademik, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, termasuk ahli Lembaga Pengarah CADB iaitu Dato’ Hj Wan Sazrudeen Bin Dato’ Hj Wan Zaid, YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin, Encik Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid, Encik Ikmal Haqemi Bin Dato’ Sri Ikmal Hisham, Cik Rabitah Binti Dato’ Hj Shamshudin, Dato’ Hj. Zainuddin b. Abd Rahman, Dato’ Hajah Rokiah binti Hj Omar dan Dato’ SM Zulkifli Bin SM Amin, yang menambahkan dimensi strategik kepada kesepakatan ini.

Artikle Berkaitan :>

Pekema sokong kenderaan elektrik (EV) diimport ke Malaysia

Yayasan PEKEMA raikan bersama anak-anak asnaf dan tahfiz beli belah baju raya di Mydin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button