Politik

Pas mahu pastikan PN menang di Nenggiri sama seperti Sg. Bakap

PAS akan memastikan Perikatan Nasional (PN) mengulangi kejayaan di Sungai Bakap pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Untuk itu, parti tersebut akan berkempen mengikut jadual yang telah ditetapkan sebaik sahaja selepas penamaan calon pada 3 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya PasKelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, parti itu akan berkempen seperti biasa untuk mempertahankan kemenangan PN di DUN tersebut biarpun permohonan injunksi penuh yang difailkan bekas ADUN, Mohd Azizi Abu Naim bagi menghalang PRK yang akan didengar 7 Ogos.

Menurutnya, biarpun permohonan injunksi penuh yang dikemukakan Mohd Azizi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu akan didengar 7 Ogos, namun PN akan meneruskan kempen PRK sebagaimana yang ditetapkan.

“Kita akan turun sebagai jentera kempen PN walau siapa dan dari parti mana calon kita yang akan bertanding nanti.

“Apa yang penting, kita nak pastikan kemenangan calon PN lebih bergaya sebagaimana DUN Sungai Bakap,” katanya pada media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Kelantan di Dewan Besar Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.

Beliau juga yakin  PN akan dapat mempertahankan DUN Nenggiri.

PRK DUN Nenggiri akan diadakan pada 17 Ogos ini berikutan kerusi terbabit diisytiharkan kosong selepas bekas ADUN, Mohd Azizi didapati melangar Akta Anti Lompat Parti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button