Hiburan

Paru-paru rosak 75%, Fazli Zainal pernah terfikir akan meninggal dunia

PERNAH berada di tahap yang kritikal akibat Covid-19, penyanyi, Fazli Zainal memberitahu yang dia pernah terfikir bahawa dirinya akan meninggal dunia.

Ditambah pula dengan pemergian rakannya, Siti Sarah menambah lagi perasaan bahawa dirinya hanya menunggu giliran ketika itu.

“Terus terang bila saya dalam wad, orang tag saya dekat Instagram dan kemudian terjaga serta mendapat tahu arwah Siti Sarah meninggal dunia.

“Saya pernah terfikir giliran saya hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk meninggal dunia. Ketika itu keadaan saya agak kronik sehingga terpaksa tertiarap selepas mendapar khabar pemergian arwah,” katanya.

Namun, Fazli pada masa yang sama bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup walaupun 75% paru-parunya sudah rosak akibat Covid-19.

Fazil berkata, ketika ini dia merasakan bahawa Allah telah memberikannya peluang kedua untuk meneruskan kehidupan setelah apa yang dilaluinya.

Tambhanya, dia juga memerlukan masa selama tiga ke enam bulan untuk pulih.

Dalam pada itu, Fazli yang baru sahaja keluar dari hospital setelah menjalani rawatan selama 29 hari berkesempatan untuk melancarkan single baharunya iaitu Mantan Yang Terluka.

Jelas Fazli, ia merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan Ajai setelah menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan komposer berkenaan sejak sekian lama. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button