Ekonomi

OREO Rai Harijadi ke-110 menerusi Rasa Edisi Terhad dan Filter AR

Biskut kegemaran di serata dunia, OREO, akan memasuki usia 110 tahun pada 2022 dan jenama biskut pilihan ramai ini memulakan parti sambutannya dengan rasa edisi khas, OREO Birthday Sprinkles.

Kaya dengan krim vanila beserta sprinkles iaitu taburan warna-warni, pilihan terbaharu ini boleh didapati di seluruh negara dalam tempoh terhad – dari Jun hingga Julai 2022.

Sebagai permulaan keraian, OREO akan melancarkan filter Instagram realiti terimbuh (Augmented Reality-AR) yang pasti menggembirakan pengguna. Filter AR tersebut menjemput orang ramai untuk meniup 110 lilin hari jadinya.

“Selama lebih seabad, OREO telah merapatkan hubungan keluarga dengan menyediakan pengalaman yang menggembirakan. Bersempena hari jadi kami ke-110 tahun ini, kami memperkenalkan rasa kemeriahan baharu dan pengalaman AR unik yang diinspirasikan boleh aksi yang diamalkan setiap kali keraian iaitu meniup lilin di atas kek dan sebagainya.

“Kami amat teruja untuk meraikan kekayaan warisan 110 tahun OREO dan tidak sabar untuk berkongsikan
kemeriahan serta kegembiraan kami bersama pengguna di seluruh negara,” kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran Mondelez International, Malaysia dan Singapura.

Kemeriahan sambutan diteruskan menerusi siaran iklan televisyen di seluruh negara. Iklan tersebut memaparkan seorang bapa meniup lilin dalam filter AR dan menjemput orang ramai untuk sama-sama meraikan harijadi OREO. Turut dipaparkan krim perisa OREO Birthday Cake yang kaya dengan sprinkles berwarna-warni yang menyelerakan.

Biskut Birthday OREO edisi terhad adalah pilihan pertama OREO yang memaparkan sprinkles pelangi dan krim berperisa kek harijadi di tengah-tengah dua kepingan biskut coklat.

Biskut berkenaan boleh didapati di seluruh negara mulai Jun sehingga Julai 2022. Biskut edisi khas ini di semua rangkaian pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Anda juga boleh mendapatkannya di Shopee atau Lazada! Pada masa sama, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bundle Ecommerce istimewa OREO, sementara stok masih ada! OREO juga akan menganugerahkan 110 ‘hadiah’ harijadi eksklusif kepada penggemar
OREO sebagai tanda penghargaan kerana bersama jenama ini selama 110 tahun.

Individu yang meniup kesemua 110 lilin dalam tempoh 15 saat menerima filter AR OREO di Instagram juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti sebuah iPhone13 Pro, bekalan OREO perisa kegemaran selama setahun dan pelbagai lagi. Cubalah di sini.

Untuk maklumat lanjut serta mengetahuo terma dan syarat peraduan harijadi OREO, ikuti @OREO.mysg di Instagram serta akses pautan di bahagian bio atau melayari laman Facebook OREO. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button