Hiburan

Nyanyi lagu Munbe Vaa, Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton konsert A.R Rahman

Kira-kira 60,000 penonton yang membanjir konsert A.R Rahman teruja apabila mendengar penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu popular Tamil yang bertajuk Munbe Vaa.

Lagu Munbe Vaa pada asalnya didendangkan penyanyi kelahiran India, Shreya Ghoshal namun kemunculan Siti Nurhaliza ternyata memberi kejutan yang cukup luar biasa kepada peminat lagu Tamil.

Mana tidaknya, suara merdu dan lenggok indah Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu berbahasa Tamil itu seperti hampir sempurna dan sukar dicari kecacatannya.

Malah kesemua penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert AR Rahman Secret Of Success Live In Malaysia 2023 turut memberikan standing ovation kepada Siti Nurhaliza.

Dalam erti kata lain, Siti Nurhaliza tetap akan kekal relevan dan langsung tidak jatuh market sebagai penyanyi nombor satu negara selain menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button