Nasional

Netizen kutuk pusat kuarantin JB dikecam

KETERLALUAN, demikian disifatkan seorang pengguna Facebook dipercayai menghina pusat kuarantin yang dikuatkuasakan kerajaan di Johor Baharu, Johor.

Pengguna yang menggunakan nama Jaspal S. Dyna itu dipercayai mendakwa pusat kuarantin di sana sebagai teruk dan kotor.

“Pusat kuarantin di Johor Bahru menggelikan, terlalu kotor. Tiga hingga empar orang duduk dalam satu bilik.

“Haiwan pun tak sesuai duduk dalam bilik itu. Perlukan bantuan, tolong tularkan. Orang bagus mati daripada duduk di situ,” katanya dalam Facebook.

[BACA] Disiplin rakyat Jepun gagal kekang Covid-19 — Suara Merdeka

Begitulah kecamannya terhadap kemudahan pusat kurantin yang disediakan oleh kerajaan bagi mengisolasi warga Malaysia bekerja di Singapura yang pulang ke negara ini.

Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (Marsah), Johor Bahru dijadikan pusat kuarantin sementara oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak Koronavirus (Covid-19).

Isolasi berkenaan dilaksanakan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 14 April ini.

Bagaimanapun, Jaspal yang mengutuk pusat kuarantin berkenaan dikecam netizen dan dia disifatkan sebagai tidak bersyukur.

“Saya tidak rasa dia patut dibenarkan balik. Patut tak payah masuk Malaysia terus. Kalau banyak sangat duit kurantin sendiri dekat hotel luar negara.

“Kalau masuk bawa kuman, nanti akan jadi masalah negara. Biar dia habis duit merempat dan mati dekat luar negara, itu masalah dia sendiri,” kata Jim MH.

[BACA] COVID-19: MRA harap orang ramai terus sumbang — Suara Merdeka
[BACA] Saintis berpakaian seperti angkasawan dalam makmal virus Wuhan – Suara Merdeka

“Pertama kali lihat sampah boleh mengadu fasal pusat kuarantin. Dia sepatutnya duduk dekat tong sampah,” kecam Hazlan Hidzir

“Orang bagus mati daripada duduk situ? Jadi, tunggu apa lagi, pergi matilah,” luah Mohd. Fairuz Khalid.

“Patut bersyukurlah bro,” nasihat Sulaiman Puteh.

“Inilah keadaan orang yang tak boleh tunduk ke bawah. Sudah rasa diri hebat. Malang sekali,” kata Yus Zi.

Terdahulu, Suara Merdeka menerbitkan komentar seorang netizen yang memuji cara pengendalian pusat kuarantin oleh kerajaan Malaysia.

Katanya, selain Pakej Rangsangan Ekonomi yang dirasai rakyat, pusat kuarantin khusus untuk rakyat Malaysia juga wajar dipuji.

[BACA] Kluster Turki -‘oversea’ menjengkelkan — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: FAM minta semua pihak akur saranan FIFA — Suara Merdeka

“India memang sudah jadi macam drama habis. Polis sebat penampar sepak semua orang. Kemudahan pusat kuarantin dia, toilet awam kita 10 kali lagi cantik,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button