Berita

Netizen desak berikan bukti Logo tahun melawat Malaysia 2026 ‘Beruang Matahari’ bukan dari Ai!

REKAAN logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menampilkan ilustrasi beruang matahari mencetuskan perbincangan hangat di kalangan netizen.

Ramai memuji keindahan dan keunikan rekaan itu, malah ada yang meminta supaya cenderamata seperti patung plushie comel dihasilkan berdasarkan logo tersebut. Namun, timbul persoalan dalam kalangan sesetengah netizen sama ada karya itu dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) atau merupakan hasil lukisan asli.

Anak kepada pelukis yang menghasilkan rekaan beruang matahari tampil mempertahankan karya ayahnya, menegaskan bahawa ia adalah hasil kerja tangan dan bukan janaan AI. Dalam satu kenyataan, beliau berkata:

“Hai, ini bukan AI, ianya lukisan asli daripada ayah saya.”

Sebagai bukti, beliau menunjukkan sebahagian proses penghasilan awal rekaan tersebut, termasuk lakaran dan perbincangan peribadi bersama ayahnya. Namun, terdapat netizen yang masih meragui dan mempersoalkan kesahihan bukti tersebut.

Kritikan dan Sokongan Netizen

Seorang netizen yang skeptikal berkata:

“Kami sebenarnya sangat sukakan rekaan ini, jadi ada bukti tak yang ianya bukan janaan AI, tolong kongsi. Malangnya, meletakkan beberapa helaian rekaan di atas meja kamu tidak dapat membuktikan apa-apa.”

Sebagai tindak balas, anak pelukis itu berkongsi tangkap layar perbualan dengan ayahnya, menunjukkan proses awal rekaan beruang matahari tersebut. Walaupun bukti tambahan diberikan, masih ada segelintir yang tidak berpuas hati.

Namun, ramai netizen lain tampil mempertahankan dan memberikan penghargaan kepada pelukis. Mereka memuji bakat dan kreativiti beliau, yang berjaya menggabungkan teknik tradisional dengan teknologi moden seperti binaan model 3D.

Netizen yang menyokong menyeru agar penghargaan sewajarnya diberikan kepada pelukis. Menurut mereka, logo kali ini jauh lebih menarik berbanding beberapa logo tahun-tahun sebelumnya.

“Kami harap pelukis ini terus diberikan ruang untuk berkarya. Logo ini betul-betul mencerminkan keindahan Malaysia dan membawa imej beruang matahari yang sinonim dengan identiti negara,” kata seorang pengguna media sosial.

Walaupun terdapat kontroversi mengenai asal-usul rekaan beruang matahari ini, keindahan logo Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak dapat dinafikan.

Ia bukan sahaja mendapat pujian ramai tetapi juga menjadi lambang kreativiti dan keunikan seni tempatan yang patut dibanggakan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button