Nasional

Nasruddin ganti Nik Omar sebagai YDP YADIM

AHLI Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.

Beliau menggantikan anggota parti Amanah, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang dilantik ke jawatan tersebut ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.

Nik Omar Nik Abdul Aziz

Sementara bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid pula dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang baharu. Mohd. Redza menggantikan Datuk Mohd Daud Bakar.

Mohd Redza Shah

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pelantikan kedua-dua mereka berkuatkuasa hari ini.

“Penghargaan khusus saya zahirkan kepada YBhg. Datuk Dr. Daud Bakar dan YBhg. Ustaz Nik Omar bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran setimpal.

“Tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Ustaz Haji Nasruddin Hasan. Saya mengharapkan YADIM dan YaPEIM akan terus memacu kecemerlangan untuk ummah,” kata Zulkifli.

Nasruddin dan Mohd Redza Shah melakukan kunjungan terhadap Zulkifli hari ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button