Luar Negara

Nasib kanak-kanak Syria, lena di celah sampah

BERSYUKUR dan mengerti ucapan syukur berada di bumi bertuah ini sebenarnya menginsafkan apabila melihat keadaan kucar kacir yang berlaku di Syria.

Keadaan yang berlarutan buat sekian lama sehingga ke hari ini, entah bilakah ia akan berakhir.

Dalam pada anak-anak kita lena di atas tilam yang empuk, anak-anak Syria terpaksa tidur di celah-celah sampah sarap.

Mereka ini tidak mempunyai pilihan lain kerana kedaifan kehidupan yang terpaksa dilalui ekoran natijah keadaan negara yang bergolak dan sentiasa dibedil oleh tentera yang kejam lagi zalim.

Melihatkan beberapa keeping gambar yang dikongsi oleh wartawan Media Syria Care, Razali Awang membuatkan hati rasa sayu.

Jika mempunyai pilihan, kanak-kanak ini sama sekali tidak sanggup untuk tidur di celah sampah sarap.

Seperti catatan Razali, ‘Namun apakan daya…’ Konflik yang memasuki tahun ke-10  menyebabkan sebahagian penduduk Syria hidup melarat dan merempat.

Sudah sedekad keadaan rakyat di negara itu hidup dalam kancah pergolakan.

Gambar ini dirakam di sebatang jalan di kawasan Maza, Damsyik. Inilah Syria…

Bukan mahu meninggalkan kisah kanak-kanak di Maza sanggup tidur di celah-celah sampah untuk beralih kepada satu lagi kisah, ajal ketika mencari gambar anak.

Inilah perkongsian Razali tentang Nadir Abbud Abu Yusif yang cuba mencari satu persatu gambar mangsa  tahanan regim Bashar al Assad.

Semangat lelaki tua ini berkobar-kobar kerana sejak lebih tujuh tahun lalu, anak lelaki tunggalnya itu ditahan regim Bashar al Assad dan permata hati seorang ayah ini hilang tanpa sebarang khabar berita

Keinginannya untuk mengetahui di manakah anak lelakinya itu bukan sahaja membuak-buak tetapi perasaannya melonjak-lonjak kerana Melalui Akta Caeser, gambar mereka yang disiksa dan dipenjara kini tersebar luas di serata Syria.

Setiap satu gambar yang ditatapnya terlalu tragis sehingga menyebabkan dia tumbang kerana serangan jantung.

Mungkin kesedihan dan kerinduan yang ditanggung oleh  Nadir Abbud Abu Yusif ini sudah tidak tertanggung lagi yang mana akhirnya, jantung tuanya berhenti berdegup. Innalillahwainnalillahhirojiun.

Penderitaan kehidupan di bumi Syria berakhir buat seorang insan bernama Nadir Abbud Abu Yusif. Ya. Dia telah dipanggil menghadap penciptaNYA.

Selepas bertahun-tahun menunggu, hasrat untuk mengetahui bagaimanakah nasib anak lelakinya itu tidak kesampaian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button