Nasional

Nasib 300 peniaga kini makin terbela

NASIB menimpa lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, kini mendapat pembelaan apabila semua mereka yang tercicir berpeluang bertemu wakil pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khamis lalu.

Menurut Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, atas dasar prihatin dan membela nasib ke semua peniaga terjejas satu kunjungan mesra dilakukan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Abu Bakar Yahaya, bagi mengetahui situasi yang berlaku seterusnya mencari solusi terbaik untuk kesejahteraan bersama.

“Hasil kunjungan tersebut, Abu Bakar telah pun mengusulkan supaya semua peniaga bertemu wakil DBKL bagi tindakan selanjutnya.

“Ikhlas menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri yang arahkan pegawainya untuk selesaikan isu berbangkit. Kini semua 320 peniaga tercicir dari mendapat tapak setelah penempatan semula Uptown Danau Kota, boleh menarik nafas lega,” katanya mengulas isu tersebut selepas lawatan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Abu Bakar Yahaya.

Kesudian Abu Bakar meluang masa lebih 1 jam melawat tapak asal peniaga Uptown Danau Kota telah memberi sinar baharu bagi semua peniaga yang amat bergantung hidup kepada perniagaan untuk menampung kos kehidupan.

Menurut Mohd. Ridzuan, hasil lawatan tapak itu, Abu Bakar bersetuju bahawa para peniaga yang tercicir perlu dibantu bagi membolehkan mereka meneruskan mata pencarian.

“Semua kalangan peniaga adalah ahli Persatuan Ikhlas sejak 2011 lagi, maka kami mendesak agar satu solusi konkrit dapat dicapai untuk bersama membantu kalangan peniaga dan penjaja yang terjejas,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar melalui laman sosial Facebook miliknya turut memuat naik status isu tersebut dengan menyatakan bahawa:

“Alhamdulillah, pagi ini dapat bersama wakil-wakil daripada 320 peniaga tercicir kerana tidak dapat teruskan perniagaan setelah penempatan semula seramai 820 peniaga Uptown Danau Kota. Insya Allah esok jam 11.00 pagi mereka diminta untuk ke DBKL tindakan selanjutnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button