Uncategorized

Nak sertai golongan Old Money perlu bayar RM249! “Mula dah kutip duit ahli.”-Netizen

PEMPEGARUH media sosial dan juga usahawan, Muhamad Andika Putera, 27, atau lebih dikenali sebagai Andika Putera, menjadi perbualan hangat di media sosial selepas memperkenalkan komuniti eksklusif yang dinamakan Old Money Malaysia.

Melalui sebuah video di TikTok, Andika memaklumkan bahawa komuniti ini memerlukan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM249 untuk setiap individu yang ingin menyertai.

Menurut Andika, ahli yang membuat bayaran tersebut akan menerima pelbagai manfaat, termasuk baju kolar one-piece eksklusif yang didakwa tiada di pasaran Malaysia.

“Setiap ahli juga berpeluang menyertai program affiliate untuk menjual produk tanpa memerlukan modal besar. Korang akan dapat barang percubaan (tester) apa sahaja yang korang ingin jual. Semua urusan pemasaran akan diuruskan oleh ibu pejabat (HQ),” ujar Andika.

Tambahnya, ahli hanya perlu memuat naik kandungan yang disediakan oleh pihak HQ, termasuk skrip untuk sesi live di media sosial. Selain itu, sesi gathering dan latihan perniagaan juga akan diadakan bersama Andika untuk mempelajari teknik berniaga secara sistematik.

Namun, pelancaran komuniti ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai mempertikaikan keaslian konsep komuniti tersebut dan mendakwa ia lebih mirip kepada strategi pemasaran biasa untuk mengaut keuntungan.

“Ni bukan bergaya sampai berjaya, tapi biar papa asal bergaya.”

“Mula dah kutip duit ahli.”

“Dah macam pergi dengar MLM membongak.”

“Orang kaya tak meeting secara terbuka macam ni.”

Walaupun berdepan pelbagai kritikan, Andika masih giat mempromosikan Old Money Malaysia sebagai satu platform eksklusif untuk membantu ahlinya berjaya dalam perniagaan.

Adakah konsep ini benar-benar membawa manfaat atau sekadar strategi pemasaran untuk kepentingan individu? Masa akan menentukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button