Politik

Mungkin tiada pertandingan jawatan utama dalam pemilihan Bersatu – Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak menjangkakan jawatan tertinggi parti itu akan dipertandingkan dalam pemilihan  Oktober ini, susulan rundingan antara pucuk pimpinan.

Beliau berkata, satu usul telah dibentangkan beberapa bulan lalu meminta beliau campur tangan dan merundingkan perkara itu bagi mengelakkan sebarang perpecahan dalam parti.

Jawatan timbalan presiden dijangka menjadi kemuncak pemilihan Bersatu Oktober ini, selepas Muhyiddin sebelum ini mengesahkan beliau akan kekal sebagai presiden parti.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang memegang jawatan itu sejak 2020, dijangka dicabar oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin di bawah perkara 14.14 dan 14.16 perlembagaan parti.

Bulan lalu, Bersatu mengumumkan bahawa ahli yang ingin bertanding dalam pilihan raya Oktober mesti memohon kepada Majlis Tertinggi seperti dalam artikel tersebut.

Hamzah sebelum ini tidak layak bertanding bagi mana-mana daripada lima jawatan teratas kerana tidak pernah berkhidmat dua penggal sebagai ahli Majlis Tertinggi, seperti yang dikehendaki di bawah perlembagaan parti.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 pemimpin dikatakan mengintai tiga jawatan naib presiden termasuk ketua penerangan Razali Idris, Ahli Majlis Tertinggi,  Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dijangka mempertahankan jawatan naib presiden.

Baki jawatan naib presiden kosong sejak Rafiq Naizamohideen keluar parti pada Oktober 2022, hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dijangka mencabar Datuk Seri Rina Harun bagi jawatan ketua Wanita, manakala ADUN Gombak Setia, Hilman Idham berkemungkinan mencabar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi jawatan ketua Pemuda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button