Hiburan

Mulianya hati Misya Mazlan bantu bayi Marissa uruskan jenazah

KAKAK kepada Misya Mazlan yang juga madu kepada Marissa Dania memberitahu adiknya itu turut membantu menguruskan jenazah bayi sulung pempengaruh itu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, kakak Misya iaitu Sella Mazlan berkata adiknya datang ziarah serta menguruskan jenazah bayi madunya itu.

Sementara itu, Sella berkata adiknya itu juga turut terkejut dengan pemergian Baby M apatah lagi Misya juga kini sedang berbadan dua serta meminta mereka diluar sana menjaga turut kata sebelum melemparkan sesuatu terhadap adiknya.

“Adik kami, Misya sendiri datang ziarah, mandi dan solatkan jenazah untuk arwah Baby M. Dia tidak berseronok, apa yang keluar dari mulutnya adalah berbunyi ini iaitu semua ujian yang Allah aturkan untuk kita.

“Misya turut bersedih dan terkejut mengenai berita keguguran dan kematian Baby M kerana adik kami juga ibu dan sekarang sedang berbadan dua. Jadi, sila jaga emosi adik saya, jaga kata-kata anda wahai manusia,” katanya.

Sebelum ini, Aslam memaklumkan mengesahkan berita mengenai pemergian anak sulung mereka selepas dilahirkan tidak cukup bulan baru-baru ini.

Aslam memaklumkan dia sudah memberitahu perkara itu kepada bapa Marissa yang juga pelakon Norman Hakim serta isteri pertamanya, Misya Mazlan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button