Bola SepakSukan

MUFC mohon maaf

MFL larang bertanding ke Piala Malaysia

Kelab Bola Sepak Melaka United FC (MUFC) memohon maaf kepada penyokong, pemain, jurulatih dan pegawai apabila skuad Sang Kancil dilarang oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) daripada beraksi
dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MUFC memberitahu, pihaknya percaya krisis yang melanda skuad pasukan itu sehingga MFL mengambil tindakan melarang pasukan itu beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini dapat diselesaikan.

Menurutnya, sepatutnya masalah tersebut sudah diselesaikan jika semua pihak yang berkepentingan bersama-sama membantu menjaga kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bagi menjamin
kelestarian pasukan.

“Proses penstrukturan saham dan mendapatkan dana dari pihak berkepentingan masih belum selesai.

“Keadaan ini menyebabkan pihak pengurusan membuat keputusan supaya perkara ini dapat diselesaikan terlebih dahulu.

“Paling penting ialah keutamaan sepatutnya diberikan untuk MUFC terus kekal berada di Liga Malaysia tahun hadapan,” ujarnya.

MFL menerusi satu kenyataan semalam mengesahkan Melaka United dilarang beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini susulan tunggakan gaji yang membelenggu pasukan Liga Super itu yang masih belum dijelaskan.

Keputusan itu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas pihak pengurusan MUFC gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh yang ditetapkan yang berakhir 20 September.

Melaka United menerima notis peringatan pada 6 September lalu untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama pegawai dan pemain yang terbabit.

Namun skuad Hang Tuah itu hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun dan bukannya Julai serta Ogos.

Sehubungan itu, pihak pengurusan mengambil iktibar daripada isu tersebut dan akan terus memandang ke hadapan bagi memastikan MUFC memperoleh lesen bagi menyertai Liga Malaysia musim depan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button