Luar Negara

MU5735 pesawat Boeing 737-800 China Eastern Airlines terhempas

133 penumpang pesawat dilaporkan maut

PESAWAT Boeing 737-800 yang membawa 133 penumpang terhempas dan meletup di pergunungan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China, hari ini.

Pesawat milik syarikt penerbangan China Eastern Airlines itu dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou.

MU5735 Boeing 737-800 China Eastern Airlines membawa 133 penumpang terhempas di pergunungan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China, hari ini.

Setakat ini, angka kematian sebenar masih belum dapat disahkan kerana 133 adalah jumlah penumpang, tidak termasuk kru penerbangan.

Dilaporkan, pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Memetik laporan stesen penyiaran CCTC, pesawat malang itu terhempas di kawasan pergunungan di daerah Teng di Wuzhou.

Pesawat itu dilaporkan terjunam dari ketinggian 29,100 kaki selepas sejam ia berlepas dari lapangan terbang bandar Wuzhou dan hilang dari radar.

Turut dilaporkan, data terakhir yang diterima oleh pusat kawalan penerbangan, pesawat itu terbang pada altitud 3,225 kaki pada pukul 2.22 petang, waktu tempatan.

Media tempatan pula melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou selepas ia berlepas dari bandar Kunming pada pukul 1 petang, waktu tempatan.

Setakat ini, pihak China Eastern Airlines masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Memetik laporan Metro UK, sebuah video tular memaparkan api menjulang dengan asap hitam dari hutan lereng bukit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button