NasionalNegeri

MPKK dan JPKKP perlu kerjasama – Menteri Besar Perlis

KERAJAAN Perlis berharap dengan pelantikan ahli Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) yang baharu ini akan dapat bekerjasama ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) demi untuk kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ini kerana lantikan MPKK adalah bagi mewakili parti PAS dan Bersatu manakala JPKKP pula parti UMNO.

Mohd Shukri bergambar dengan para hadirin sempena majlis Pentauliahan Pengerusi dan Setiausaha MPKKK di Dewan 2020 di Kangar malam tadi.

“Elak dari bertembung dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan sebaiknya cuba ambil jalan tengah memandangkan bidang tugas MPKK dan JPKKP adalah seiring iaitu membantu rakyat,” katanya kepada media selepas majlis Pentauliahan Pengerusi dan Setiausaha MPKKK di Dewan 2020 di Kangar malam tadi.

Secara keseluruhannya, ia melibatkan 387 cawangan MPKK.

Setiap satu cawangan terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan sebelas orang Ahli Jawatankuasa yang kesemua berjumlah 5,031 orang.

Mohd Shukri berkata, dengan wujudnya dua badan ini iaitu MPKK dan JKKP sebenarnya telah memberikan banyak kelebihan kepada rakyat Perlis.

“Rakyat juga bebas untuk merujuk pada mana-mana badan ini, apa yang penting wujudkan suasana harmoni,” katanya

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya memberikan elaun RM50 setiap seorang pada ahli MPKK kerana kekangan kewangan.

“Kita akan usahakan supaya ahli MPKK diberikan elaun bulanan pada masa akan datang kerana lantikan ini akan berkuatkuasa sehingga 2025,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Mohd Shukri berkata, setelah hampir setahun, akhirnya MPKK dapat dilantik.

“Diharap MPKK dapat menjalankan urus tadbir kampung dengan baik dan teratur dalam menggerakkan komuniti setempat untuk memajukan pembangunan dan kesejahteraan kampung,” katanya.

Beliau berkata, perana MPKK sebenarnya amat penting kerana kedudukannya yang tinggi pada kaca mata penduduk di kampung-kampung serta amat rapat hubunganya dengan rakyat.

Oleh itu katanya, diharapkan MPKK ini dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Negeri seperti Kempen Perlis Bersih dan Sihat, Perlis Go Digital dan Tahun Melawat Perlis 2024-2025. – SM

BACA Jangan jual atau beli tanah lot lidi – Menteri Besar Perlis

BACA Menteri Besar Perlis buat lawatan ke Kuching sempena Tahun Melawat Perlis 2024

BACA Bersedia papan iklan diletak tulisan jawi – Menteri Besar Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button