Monsun barat daya bermula lebih awal daripada jangkaan
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahawa monsun barat daya melanda negara lebih awal daripada jangkaan.
Minggu lalu, Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata monsun barat daya mungkin bermula dari 15 Mei dan seterusnya, namun amaran terbaru mencadangkan ia sudah bermula sejak 5 Mei dan akan berlarutan sehingga 9 Sept.
Dalam catatan Facebook hari ini, jabatan itu memberi amaran bahawa bilangan hari tanpa hujan adalah lebih daripada hari hujan di kebanyakan kawasan di negara ini.
Jabatan itu juga memberi amaran bahawa jerebu akan melanda negara, dicetuskan oleh pembakaran terbuka yang tidak terkawal akibat fenomena itu.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar, serta sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia,” katanya hari ini.
Hujan lebat disertai angin kencang dan kilat masih berlaku terutama pada awal pagi di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah, berikutan pembentukan garisan ombak.-SM
BACA JUGA :Pembenihan awan di tujuh kawasan empangan