Politik

Misi pemimpin Bersatu pujuk Tun M hari ini

BEBERAPA pemimpin tertinggi Bersatu dilaporkan berusaha untuk memujuk Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula parti itu.

Antara yang dilapor hadir ke rumah Dr. Mahathir pagi ini di The Mines Residence adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin; Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir  dan Ketua Wanita PPBM Rina Harun,

Kenderaan ketiga-tiga pemimpin Bersatu itu dilihat memasuki pekarangan rumah Dr. Mahathir seawal pukul 8 pagi tadi. Kenderaan Dr. Mahathir kemudian dilihat meninggalkan kediamannya pada jam 9.15 pagi.

Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu semalam sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

Tindakan Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menyebabkan semua jawatan menteri dalam Kabinet terbatal sekaligus menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan yang berusia tidak sampai dua tahun runtuh.

Kemelut politik dijangka akan berlarutan selama beberapa hari selagi Dr. Mahathir tidak mengumumkan pihak mana yang akan diangkat untuk menjadi ahli Kabinet baharunya.

Ketika ini pemimpin Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional serta kepimpinan parti politik Sabah dan Sarawak telahpun berikrar untuk memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Banyak pihak kini termasuk yang mahu Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebelum ini, kembali menyokong sepenuhnya negarawan itu untuk memimpin negara dan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button