Ekonomi

Miliki Thermomix menerusi pembiayaan di CBP

ORANG ramai berpeluang miliki alatan memasak serba pintar, Thermomix®️ melalui pembiayaan di Co-opbank Pertama (CBP) menerusi kerjasama yang dijalankan CBP dan True Mix Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Encik Mohd Rafis Makhtar berkata, penyediaan pakej ini memberi segmentasi pasaran baru CBP yang ingin memiliki Thermomix ini yang secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi jumlah pelanggan baharu CBP.

“Di pasaran, produk Thermomix®️ ini dilabel sebagai alat dapur serbaguna yang terkenal di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia dikenali kerana keupayaannya yang unik untuk melakukan pelbagai menu masakan dalam satu peranti. Harga Thermomix boleh dianggap tinggi dan ini mungkin menjadi faktor pertimbangan untuk sesetengah individu.

“Dengan  adanya  pakej  ini,  pelanggan  dapat  memiliki  Thermomix®️ dengan bayaran bulanan yang sangat rendah kerana CBP menawarkan pakej yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan,”katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kolaborasi bersama ini akan membantu CBP dalam meningkatkan lagi keterlihatan jenama CBP di mana Thermomix®️  akan mengadakan demostrasi penggunaan peranti ini di setiap aktiviti pemasaran CBP.

Terdahulu, CBP telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bersama True Mix Sdn Bhd dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Encik Mohd Rafis dan Puan Jenny Ooi dari True Mix Sdn Bhd.

Sementara itu, Puan Jenny berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CBP yang merupakan salah satu institusi perbankan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Kami percaya dengan adanya kolaborasi dengan CBP, pembiayaan Thermomix®️ serendah RM3 sehari. Ini akan membolehkan lebih ramai lagi isi rumah untuk mampu memasak dengan lebih mudah dan memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat,”katanya. – SM

Artikle berkaitan > CBP buka cawangan ke-31 di Miri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button