Politik

Mercedes: Ingatkan Kelantan, rupanya Pulau Pinang, sindir Maszlee

KRITIKAN terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menukar kereta rasmi baharu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow terus mengundang kecaman kawan dan lawan.

Antaranya termasuk Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik secara halus menyindir tindakan Kerajaan Pulau Pinang membeli Mercedes S560e berharga hampir setengah juta ringgit untuk kegunaan Kon Yeow.

Maszlee berkata, beliau berfikir tindakan menukar kenderaan untuk ketua kerajaan negeri itu berlaku di Kelantan.

“Ingatkan Kelantan… rupanya Pulau Pinang,” ciap Maszlee di Twitter sambil berkongsi laporan berita sebuat portal bertajuk KM Pulau Pinang dapat Mercedes S560e baru.

Mercedes S560e berharga RM458,122.78 itu dibeli pada pada 31 Dis 2020 lalu bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013 ketika zaman Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Kenderaan baharu untuk Ketua Menteri itu diumumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam dengan berkata, harga itu selepas mendapat diskaun sebanyak penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal.

Pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 Nov 2019.

Penukaran kereta mewah untuk digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat kritikan kerana seolah-olah tidak prihatin dengan nasib rakyat yang terhimpit dengan isu ekonomi akibat Covid-19.

Beberapa pengikut Twitter Maszlee turut mengkritik penukaran kenderaan mewah itu.

“Time time orang tengah susah upgrade kereta memang taklah. Bukannya kereta lama tak boleh pakai. Hentam parti lain pandai, tapi bila parti sendiri.. “Takpalah…”,” kata Hadithingking.

“Timing nak beli kereta baru tak sesuai dengan situasi semasa. Seolah-olah kerajaan negeri tak kisah dengan permasalahan rakyat,” kritik Sunny.

“Haha. Boleh dah Pas dan DAP bekerjasama. Taste dua-dua sama. Mercedes,” sindir Waqi.

“Deme ni same je,” kata Faizalzulkar9.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button